maksiat
11th October 2006
Rasulullah s.a.w bersabda, ``Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.`` (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Anai-anai jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun. Tetapi, jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home