Ar-Razzaaq pemberi rezeki
Sering kita memohon rezeki daripada Allah swt. Salah satu nama-nya merujuk kepada aspek rezeki iaitu Ar-Razzaaq yang bererti mengadakan beraneka reaeki dan punca-puncanya(jalan-jalannya).
Sebahagian ulama berkata bahawa Ar-Razzaaq bermaksud Allah swt terlebih dahulu menyediakan rezeki bagi setiap sesuatu sebelum sesuatu itu lahir di permukaan bumi ini.
Ar-Razzaaq ialah melahirkan sesuatu yang ada bersama sifat-sifatnya seperti akal dengan sinar ilmu, hati dengan cahaya kefahaman, roh dengan penyertaan dan penyaksian, tubuh dengan makanan yang sesuai menurut keperluannya.
Ar-Razzaaq yakni Allah pemberi rezeki dan sumber segala rezeki. Oleh itu, janganlah mengharap-harap rezeki selain daripadanya. Janganlah bertawakal (berserah) melainkan kepadanya. Dan janganlah berasa iri hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain kerana Allah swt telah menetapkan rezeki untuknya sesuai dengan kehendak Ar-Razzaaq (Allah swt).

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home