Monday, October 16, 2006

hikmah

15th October 2006


Nabi Musa a.s tidak mahu mengubat sakitnya walaupun kaumnya telah menunjukkan ubat dari tumbuh-tumbuhan yang terkenal mujarab. "Aku tidak akan berubat sampai aku disembuhkan-Nya tanpa berubat," kata Musa a.s.


Namun penyakitnya tidak juga sembuh-sembuh. Allah mewahyukan agar Nabi Musa berubat sepertimana yang disyorkan oleh kaumnya. Nabi Musa melaksanakannya dan dia pun sembuh.


Allah berfirman kepadanya, "Engkau hendak membatalkan hikmah-Ku dengan tawakkalnya engkau kepada-Ku. Siapakah yang menyimpan ubat dalam tumbuh-tumbuhan sebagai manfaatnya, selain Aku?"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home